Monday, February 2, 2009

KEBENARAN HARI AKHIRAT

Alhamdulillah...syukur kepada Allah swt yang mengizinkan ini semua.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Apa yang diilhamkan oleh Allah swt hari ini tercetus dari saya mendengar Ustaz Zawawi Yusuff di Radio IKIM pagi ini berbicara "hidup kembali setelah mati".....tidur itu mati kecil. Tanah yang kering kontang apabila Allah swt turunkan hujan jadi subur dengan tumbuhan, kadang2 sampai ada ikan kat situ......

Jadi, fenomena hidup kembali setelah "mati" ni tak lah pelik mana.

Tetapi apa yang saya nak ketengahkan hari ini ialah apa yang orang awam macam saya ni panggil "Hari Akhirat"...pernah dengar hari akhirat?...Cuba tanya diri sendiri: Apa yang aku tahu, apa yang aku faham, dengan hari akhirat?

Jawapannya sudah tentu macam2. Ada jawab hari kiamat. Ada jawab "the end of the world". Ada jawab hari kita disoal. Hari pembalasan. Syurga. Neraka.

Saya petik Ayat 77 Surah Al-Qasas (Surah Ke28 Al-Qur'an)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَٮٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأَخِرَةَ‌ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ (٧٧)

Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia ini serta berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan. (77)

Pada pendapat saya (yang sudah pasti ilham dari Allah swt), Hari Akhirat ialah VISI kita. Dalam "Vision Statement" hidup kita sudah tentu mengandungi untuk jadi "hebat" di Hari Akhirat. "Hebat" ni pun boleh ada macam2 interpretasi juga...kita ambil yang simple...hebat lah! Bagus...baik...excellent..great...very good...cuma: ...kita mahu hebat disisi Allah swt..:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa antara kamu (bukan kerana keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Yang hebat disisi Allah swt....yang paling bertaqwa lah!......apa pulak taqwa tu...simple nya: buat apa yang Allah perintah, jangan buat atau tinggalkan apa yang Allah larang!

Eh..eh. apa kena mengena dengan Hari Akhirat ni?...

Itulah ceritanya panjang....dah lah kena tahu apa itu hari akhirat....lepas tu....BETUL ke ada hari akhirat ni?....na u zubillahi min zaliq...minta Allah swt jauhkan soalan seperti itu dalam diri kita...

Bila kita solat...kita baca Surah Al-Fatihah...

Ada satu ayat مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤

Ayat ke4...Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (4)

Eh..eh..Hari Akhirat ni hari Pembalasan......

Saya ada dengar satu pagi di Radio IKIM...proses hari Pembalasan ini 1. Kembali 2. Dihakimi 3. Pembalasan.

Maha Suci Allah swt...Alhamdulillah...syukur Allah bagi peluang kita "hidup" sebentar di dunia ini...

Rupanya kita akan kembali kepada-Nya.

Kebenaran Hari Akhirat merupakan salah satu Rukun Iman bagi orang yang menganut agama Islam. Disinilah yang benar2 membezakan ramai manusia di muka bumi ini....apa betul2 kita "percaya" adanya hari akhirat?

Tindak tanduk orang yang benar2 mempercayai, dengan penuh yaqin (haqqul yaqin) akan membuahkan "kejayaan" hakiki...dunia dan akhirat. Kita mesti terus mencari dan menuntut 'ilmu supaya meningkat dari hari ke hari, dari sa'at ke sa'at, "kepercayaan" dan lebih penting "persediaan" kepada hari akhirat.

Kita mesti berusaha sampai keperingkat وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ
serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (sebahagian Ayat 4 Surah Al Baqarah).

Kerana itu melengkapkan ciri perlu ada untuk terus mendapat petunjuk Allah, kerana itu lah orang yang berjaya sebenarnya.

Huh..huu...percaya kebenaran hari akhirat perlu untu berjaya..SUCCESS...

Memang banyak kita disajikan dengan "Habits of Highly Successful People", "Formula For Success", "Setting Goals For Success"......etc etc...tetapi tak banyak yang mengaitkan "kejayaan", "success" dengan hari akhirat.....betul atau salah?

Betul lah (dan sudah pasti!) Ayat 77 Surah Al-Qasas tadi. "cari kebahagian akhirat dan jangan lupa bahagian kamu di dunia"...

Seperti penulisan dahulu, saya nak focus dalam Engineering, Construction, and Sustainable Development.....untuk jadi "hebat" dan "leading authority" but based on Integrity, Professionalism, and Value or Profitability.....dan.....mengikut "background" penulisan ini. i.e. "untuk tidak lupa bahagian kita di dunia ini"...

Kalau ada kawan2 dalam bidang yang saya sebut tadi (including Accountants, Business Administrators, etc etc)....yang berminat menyertai perjuangan saya...tinggalkan pesan...nanti saya hubungi, insyaAllah.

Allahu 'alam.

No comments:

Post a Comment